[29 OKT]OAKLEY DI BUKA UNTUK BORONG :SINI

Cara bezakan authentic dan replika frogskins (PART 1)

Banyak soalan kami dapat di Wall berkaitan Oakley Frogskins Real/Authentic/Original vs Replica/Fake.
Akhir-akhir ini semakin banyak FS fake yg di jual baik di mudxx.my atau FB. Sy disini hanya ingin berkongsi dan tidak sama sekali nak menuduh atau memperkecilkan sesiapa yang pakai replica atau fake.
Anda pakai anda tahu.  Niat saya adalah sekadar utk berkongsi, jika saya silap sila betulkan. Jangan satu hari nanti ada kawan menegur “Eh Frogskins ko ni Fake la weh!!” sedangkan korang sangka ianya Original selama ni.

Kita cuba pegi pada satu-satu cirinye ok :
(Aku cuma review New Oakley Frogskins yg release start 2007 smpai skrg sahaja GEN 1, GEN 2 xterlibat)

1. HINGE 
ORI : Clip tanpa skru.
REPLICA : Ada skru. Replica yang maju skrg dah xde skru. Clip juga sama original.(berhati-hati dengan replica clip generasi yang dah maju ni)

2. Arm (Kanan dan Kiri)
ORI : Kanan > Logo : Frogskins (TM kecik), bagi model limited crossover akan diikuti dengan logo Brand Exclusive, contohnya : Supreme, Revert 95, GRENADE, FICE, C'MON, STPL
Kiri > SKU No. contohnya : 03-200, 03-148, 24-250, 24-215 dan diikuti dengan size 55 O 17, CE, MADE IN U.S.A
REPLICA : Kesemua ciri di atas pun sama kecuali bagi replica yang HINGE Skru ade tulisan Frogskins Collector Edition

3. SKU NO
SKU pada replica mengelirukan : Sila rujuk GOOGLE search untuk memastikan setiap SKU No. yang dicop pada Frogskins anda adalah yang tepat. SKU No. adalah kod warna dan model bagi setiap Colorway Frogskins. Xda satu pun model FS ori berkongsi nombor yang sama. Anda boleh GOOGLE Search Image http://www.google.com.my/imghp?hl=en&tab=wi  dengan Keyword : "Oakley 24-21" sebagai contoh. Anda akan nampak result yang keluar merujuk kepada Frogskins Flora Fade. Begitu pula sebaliknya bagi REPLICA, SKU No. pada replica di cop secara suka hati atau dengan kata lain jika anda search dan tak sama dengan apa yang keluar lain. Sila persoalkan!!!! --> kemungkinan REPLICA ada yang gunakan SKU yang betul. Tp setakat ini itu yg saya tahu.
RUJUK SKU NO. disini : http://o-review.com/glassesmodels.asp?ID=2710

4. Microbag
ORI : Microbag rasmi bagi Collector Edition adalah berwarna PINK dan sebahagian Special Release atau Crossover seperti X Sunday, Grenade, Revert 95, SE Bike dan lain2 mempunyai beg khas.
REPLICA : **Berwarna hitam** atau color yang kelihatan pelik dengan tali penutup dari kiri dan kanan. Paling mudah untuk mengesan microbag palsu adalah EJAAN, menikut pengalaman sy microbag replica palsu menggunakan ejaan pada tag seperti ini :
" PLUTONITE LENSES SHOULD ONLY BECLEANED WITH THE PROYIDED SUNGLASS BAG"
mari tgk ejaan yang salah. sy BOLDkan yang salah. kenapa eja salah?? --> supaya Right Owner (OAKLEY INC.) tak boleh saman kerana tidak menyamai Patent Asal.

5. BRIDGE, LENSE & ICON OAKLEY 
ORI : Bridge : Tiada tulisan : OAKLEY | LENSE : Tiada Logo "O" | ICON OAKLEY (KIRI/KANAN) : Kemas dan rata.
Untuk ingatan setiap release Frogskins berbeza-beza warna Icon dan Lenses. Sebagai Contoh paling mudah kerana sy lihat banyak FS Replica color hitam. Frogskins Black/Ruby sebagai contoh : Icon Merah Lense Ruby (Original). Tp ada yang sy lihat Black/Ruby : Icon Putih (untuk Black Polarised) tp lense Ruby---> bukan original release melainkan ianya CUSTOM.
REPLICA : Icon OAKLEY dengan finishing tidak kemas dan menggunakan cat. pada puncah icon berbentuk curve separuh bulat dan tidak rata.

6. LABEL
 REPLICA : Transparent case mereka nampak ori, tapi tiada label.

7.PAPERWORK
REPLICA : Business Card Reply meggunakan kualiti kertas yg sgt rendah, nipis dan tak rasa macam poskad pon. Printing quality pada One Year Warranty mmg teruk aka berhabuk pasal pakai ink murah.

Setakat ni je aku tulis, nanti klu ada lagi ciri-ciri yang aku jumpe aku tambah ye. SILA TUNJUK AJAR ;)



 

Re- edited : FROGSKINS MALAYSIA