Cuba korang perhatikan gambar di atas, muka sama jerk...kalau lelaki di atas memakai cermin mata, wajahnya kelihatan macam ganas...pengganas..brutal....Tapi bila lelaki itu memakai cermin mata pula, yang menariknya wajah dia kelihatan seperti pereka fesyen pulak..hehe..


Kalau lelaki di atas pulak bila dia tidak memakai cermin mata dia kelihatan seperti tukang potong daging, manakala bila dia memakai cermin mata,dia pula kelihatan seperti artis (seni lukis atau seni reka,bukan artis penyanyi :P).. Pelik gak kan? hehehe

Cuba pula korang lihat wajah lisa surihani sewaktu kecik-kecik dulu, comel kan? walau pakai cermin mata besar pun masih kelihatan comel sehingga dia besar..hehhehehe...
Fenomena sekarang dunia yang semakin canggih serta moden ini memaksa lebih ramai orang terpaksa memakai cermin mata walaupun umur baru tak sampai tadika kerana terdedah dengan pandangan televisyen,komputer serta buku hingga merosakkan mata secara tidak langsung. Lagi-lagi budak-budak zaman sekarang semakin 'rajin' menelaah buku serta mencari maklumat dalam internet serta membuat tugasan menggunakan komputer untuk memperoleh keputusan peperiksaan yang lebih baik untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik.
Maka tak hairanlah kalau kita melihat budak-budak sekarang lebih ramai memakai cermin mata bagi membantu penglihatan mereka yang semakin kabur berbanding budak-budak zaman dahulu. Ini juga dapat di buktikan bahawa mereka yang memakai cermin mata jauh lebih ramai berada di IPT berbanding mereka yang memakai cermin mata yang tidak sampai ke puncak gading.
Cermin mata yang di pakai mereka kadang kala telah membuatkan wajah seseorang menjadi berlainan sedikit berbanding jika mereka tidak memakai cermin mata. Jujurnya aku berkata orang yang memakai cermin mata lebih kelihatan skema wajahnya berbanding jika tidak memakai cermin mata. Ini bukan pendapat peribadi ok..sebab ramai yang berkata macam tu. Kalau korang nak tahu,aku pon memakai cermin mata juga sejak 2 setengah tahun lepas. Memang skema muka aku! Sampaikan ada member aku simpankan cermin mata aku dalam box! Adehh....sampai macam tu....
Tapi kadang kala cermin mata membantu menaikkan seri wajah seseorang. Ada muka orang menjadi lebih manis dan menarik bila memakai cermin mata. Ada seorang kawan aku tu nak cari awek yang memakai cermin mata! pulak....sape yang pakai cermin mata,sila isi borang cepat! ahahahhaa...maaf dia baru je da dapat awek :P
Tak kisah la nak pakai cermin mata atau tidak, tak de la berbeza sangat kan? kalau rasa rimas dengan cermin mata atau merasakan pakai cermin mata muka tak nampak 'ori', baik pakai contact lens. Aku buat masa ni belum ready dengan contact lens..macam rimas pulak..ehehe..Tapi kalau nak nampak macho (untuk lelaki), baik pakai cermin mata hitam, pergh...rock habes,tengok kat sidebar blog aku tu, nampak macho tak? (perasan giler mamat nie! abaikan! hehehe)
Artikel dari : www.100penulis.com
Edit oleh : Am